Warisan saju di tubuhkan pada 100 tahun dahulu di asaskan oleh Chaju Pajidat atau di kenali oleh Tok Saju .Tok Saju di kurniakan 3 orang anak, anak keduanya iaitu Ahmad bin Saju telah mengikut jejak beliau dengan menproses secara kecil-kecilan di rumah.
Pada tahun 1997 anak kepada Ahmad bin Saju, Noor Muhamad telah mengambil alih perniagaan ayahnya dan mem bina sebuah kilang bertaraf GMP yang di luluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Kg Perana, Langkawi.
Pada tahun 2000 kilang telah siap sepenuhnya dengan anggaran RM1.3 juta. Sekarang kilang ini mampu memenuhi permintaan pelanggan yang terlalu tinggi.
Warisan Saju juga berupaya mengeksport produk gamat ke luar negara termasuk Brunei & Timur Tengah.
Warisan Saju juga turut melakukan pembangunan produk ( Research & Development ) dengan pakar dari German & Jepun untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan formulasi produk gamat.
Pengasas pertama: Chaju Pajidat
Pengasas kedua: Hj Ahmad bin Saju
Pengasas ketiga: Hj Noor Muhamad bin Ahmad (Pengarah Urusan)
No comments:
New comments are not allowed.